name


Friday, December 16, 2011

Kemarahan adakah satu kesalahan???


             Assalamualaikum dan selamat pagi... i think still morning right now...hem best tajuk entry aku hari nie...hem pada aku tajuk kali nie mostly specific pada diri aku sendiri gak..aku boleh dikatakan garang and kadang2 suka marah2 tak kena dengan tempatnya..yelah manusia kan..aku tak kisah sangat semua tue dulu..tapi sekarang nie..aku dah dapat menilai sedikit sebanyak mengenai erti marah dengan kata erti yang sebenar..betul ada setengah orang kata, marah nie bukanlah satu jalan penyelesaian yang bagus...tak semua benda harus diselesaikan dengan kepala dingan..yah kadang2 aku pun pelik dengan sesetengah orang yang lebih memlih kaedah marah sebagai satu cara untuk mengetegahkan diri atau menonjollkan diri...tapi...bila aku pikir balik...aku pun adaa dengar gak ada orang kata kemarahan nie tandanya syang...tapi pada aku...perlu ke kita sama ertikan kata sayang tue dengan kemarahan...hem nonsense kan...kalau macam tue sayang jer marah la yer....hem pada aku kita at least kena lah jaga hati dan perasaan seseorang tue kan...kalau asyik dimarah jer...mau panas jugaak hati dan perasaan kan...so pikir2 renung2 la kan...hem setiap orang ada tahap kesabarnnya masing2..kalau setebal manapun sabar kita,,,tapi dok dihentam jer..lama2 lembut gak..macam batu....setitik-setitik lama2 lekuk gak batu tue...huh susah kan nk mengukuhkan kesabaran...


Berbalik pada persoalan dia atas...conform la kemarahan tue memang adalah satu kesalahan...kecil atau besar jer yang aku tak dapat nak tafsrkan...hem bila kita marah syaitan pun turut meraikan kemarahan kita...it is because...setan2 tue dah berjaya hasut anak2 adam kat muka bumi nie...aku cakap jer...tapi nie semua pun berdasarkan pengalaman...bila kita marah...mulut kita akan dengan mudahnya mengeluarkan kata2 yang maha dasyat..kadang2 kita yang tengah marah nie...dah boleh hilang pedomen diri apabila perasaan marah,geram sudah mengusai diri...secara jujurnya aku katakan disini..aku pun pernah menjadi seorang pemarah...tapi bila aku pikir balik semula...aku tenung diri aku.....aku cermin diri aku....aku korek2 perasaan aku.....hem baru aku tahu...selama nie aku memang adalah salah seorang yang juga bolah digelar as a Hot Temper person..

                                                   
so hari nie aku ada tips sikit untuk kawan2 atau sesiapa sahaja yang baca blog aku nie cara2 untuk mengrangkan perasaan marah....so korang renungi lah tazkirah nie baikkkkk.....


Mengatasi Marah 
   
"(Termasuk kalangan orang yang bertaqwa ialah ) orang yang menafkahkan harta mereka semasa senang
dan susah, orang yang sabar menahan marah dan orang yang memaafkan kesalahan manusia. Dan Allah
menyukai orang yang berbuat baik. [ Ali Imran : 134 ]


HURAIAN 
Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi  besar  ego
seseorang lagi besar marahnya.  Ini  berkaitan pula dengan kedudukan
seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak
hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan
menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya,  maka
akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.
Kita mesti ubati hati kita. Kita kita mesti membuang rasa 'ketuanan' kita
yang  menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun
nafsi. Di antara langkah yang perlu  kitahadapi untuk menghilangkan marah
ialah :
a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak-tanduk
kita. Allah  memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita.
b)  Bila  datang rasa hendak marah, ingatlah kita ini hanyalah manusia yang
hina.
c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan
kita daripada sifat  marah.
d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa
kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi.
e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang  marah.
Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam
keadaan yang marah.
f)  Apabila datang marah, banyakkan  baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas
Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya daripada syaitan.
g)  Apabila marah sedang memuncak, ambil wudhu kerana wudhu dapat
menenangkan api kemarahan yang sedang membara.
h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas, hendaklah
tidur. Kerana ianya  akan  meredakan perasaan marah apabila bangkit
daripada tidur
i) Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu  itu  datangnya dari Allah dan
akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah.


p/s : Kalau  kita bersalah, kita tidak suka  orang memarahi kita. Maka begitulah
orang lain yang  melakukan  kesilapan,  juga tidak suka dimarahi. Tegurlah 
dengan lemah lembut dan kasih sayang.

No comments:

Post a Comment